Thursday 13 May 2010

BULI SIBER

Buli siber juga dikenali sebagai buli elektronik atau kekejaman sosial atas talian, ianya juga ditakrifkan sebagai buli siber apabila ianya disampaikan melalui:
email

SMS

chat room

  • laman web

mesej gambar digital atau

Dihantar ke telefon bimbit


Buli siber terutamanya dikalangan remaja telah meningkat secara dramatik dari masa kesemasa. Remaja hari ini telahpun menghabiskan lebih banyak waktu bersosialisasi secara online bersama rakan-rakan dan juga orang yang tidak dikenali.Buli siber termasuklah penghantaran e-mail atau SMS yang mengancam , menyebarkan desas-desus atau posting foto yang memalukan dan menjatuhkan maruah orang lain.Ia menyebabkan mangsa berasa terancam, tertekan atau takut..

Buli pada pandangan Islam adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan naluri dan fitrah kejadian manusia di sisi Allah SWT. "Islam bererti sejahtera dan salah satu sifat orang Islam ialah dia tidak memberi masalah kepada saudara seIslamnya yang lain seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: Orang Islam ialah orang yang saudara seIslamnya merasa aman daripada gangguan lidah dan tangannya," katanya. Tiada satu agama pun di dunia ini yang mengizinkan kita menyakiti, mencederakan dan membunuh seseorang tanpa sebab yang tertentu. "Lantaran, penerapan sifat kasih sayang, tanggungjawab dan peranan diri dalam hidup bermasyarakat perlu dipupuk dalam setiap diri remaja sehingga merasakan dirinya tidak boleh hidup tanpa bantuan serta pertolongan orang lain.

Dalam masa yang sama, sifat-sifat iblis dan syaitan seperti angkuh, sombong, besar diri itu perlu dibuangkan dalam diri agar kita menjadi seorang yang rendah diri sesuai dengan gelaran yang kita pegang iaitu sebagai khalifah dan hamba Allah". pendidikan agama dalam keluarga perlu diperkukuhkan agar anak-anak kita sentiasa berpegang dengan tatasusila dan akhlak Islam sama ada sesama rakan sebaya mahupun orang yang lebih dewasa.

P/S: sebagai ibu bapa/guru/pendidik/kaunselor kita perlu sentiasa 'alert' tentang perkara tersebut...zaman telah berubah, era IT yang serba canggih ada masanya telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak....sentiasa perhatikan samada anak/murid/klien ada mempunyai ciri-ciri pembuli atau mangsa buli siber. menurut http://www.stopcyberbullying.org/kids/are_you_a_cyberbully.html antara ciri-ciri pembuli siber ialah:

  • 'post' kata-kata yang kasar atau menipu secara online.
  • memalukan dan mejatuhkan maruah individu lain secara online
  • menghantar virus kepada komputer orang lain
  • menghantar bahan yang menakutkan, walaupun untuk tujuan melawak
  • 'post' gambar atau informasi seseorang tanpa kebenarannya

SOALAN YANG NAK SAYA TANYA, DAN JIKA YANG SUDI MENJAWAB.....

  • PERNAHKAH ANDA MENJADI MANGSA KEPADA BULI SIBER?
  • ATAU TANPA DISEDARI ANDA ADALAH PEMBULI SIBER?
  • JIKA ANDA NI MANGSA AGAKNYA SEJAUH MANA TEKANAN YANG DIALAMI?

Sebahagian artikel di petik daripada laman web American Psychological Association

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...