Thursday 21 October 2010

Majlis Konvokesyen KIPSAS

Majlis Konvokesyen KIPSAS telah berjaya dilaksanakan pada 16 dan 17 oktober 2010 di Dewan Jubli Perak. Ianya telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan YAB Menteri Besar Pahang pada hari yang berikutnya...Terharu juga melihat Siswa/Siswi menerima diploma masing-masing setelah berhempas pulas selama 3 tahun di KIPSAS. Ibu bapa pula datang dari pelbagai negeri semata-mata ingin meraikan kejayaan anak-anak mereka...semasa menjadi penyambut tetamu, sedih pula rasanya melihat wajah tua ibu bapa yang mana ada yang datang berpimpin dan berkerusi roda...senyuman mereka itu menggambarkan betapa mereka amat gembira..Sesuailah ammanat yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar seharusnya graduan perlu mengenang jasa ibu bapa yang telah bersusah payah selama ini sehinggalah mereka berjaya menggenggeam segulung diploma...bagaimanapun ini bukanlah kemuncak kejayaan graduan...perjalanan perlu diteruskan...TAHNIAH SEMUA!!!

Sunday 17 October 2010

AMSYAR DIJAHIT


pada pukul 11.30 pagi IYAD AMSYAR diberitahu oleh abangnya telah jatuh dari table top dan mulutnya luka.memandangkan saya berada dalam majlis konvokesyen Kolej dan suami pula ke Cherating maka maklumat abangnya dan bibik sahaja yang kami gunapakai...Amjad menyatakan lukanya kecil manakala bibik pula memberitahu darahnya telah berhenti...TAPI bila sampai dirumah saya rasa perlu membawa dia ke klinik kerana lukanya agak dalam.

Friday 8 October 2010

CCTV DAN KESELAMATAN

CCTV (Closed Circuit Television) adalah penggunaan kamera video untuk mentransmisikan signal video ke tempat spesifik, dalam beberapa set monitor. masa mula-mula membeli rumah dulu tak de lah saya terfikir untuk memasangnya...maka duit pun mulalah dihabiskan kepada perkara-perkara duniawi lain seperti memasang syiling kapur dan sebagainya.....

hati mula tergerak untuk memasangnya selepas saya mengambil pembantu rumah....mestilah dari Indon...dah seabad rasanya cari org malaysia untuk kerja dirumah dengan harapan adalah makcik janda dan takde kerja.... tak de sorang pun nak melayanku...Pembantu rumah saya ambil ni bukan lah kehendak tapi keperluan...dengan anak-anak yang hero belaka dan perasaan yang tidak tenteram apabila melihat kain yang dah menjadi gunung kinakain(kinabalu)....maka dilaburkan juga duit yang tak seberapa ada itu dengan mencari pembantu....

Sunday 3 October 2010

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI....

Pada minggu lepas adalah kuliah terakhir saya....setelah berhempas pulas selama tiga semester, maka tamatlah mode ke kelas bagi pengajian sarjana saya ....Alhamdulillah...walaupun baru separuh jalan yang mana semester depan bermulanya penulisan kertas projek dan internship, tetapi kepuasan terasa kerana berjaya juga melalui 3 semester yang penuh suka duka...

semester pertama bermula bukan main bekobar-kobar perasaan nak belajarnya...bukan main semangat....tetiba tau-tau 'pregnant' pula masa tu...rezeki kerjaya dan keluarga perlu seimbang...sem satu pergi kelas memang mencabar...dengan membawa perut dan bulan puasa dan berjaya juga dilalui dengan jayanya...

bukan senang rupanya yer sambung belajar semula setelah dah mula berkeluarga dan bekerja...kalau lah tau nikmatnya single masa degree dulu pasti ku gunakan dengan sebaik-baiknya...pagi sampai petang jadi pekerja...petang hingga malam jadi emak dan tengah malam bersengkang mata jadi pelajar..."bukan senang nak senang"....tapi disebalik kesusahan tu banyak nikmat yang Allah kurniakan...antaranya nikmat menghargai masa...barulah terasa nikmatnya cuti hujung minggu bersama anak-anak...

semester depan bermulalah kertas projek dan internship...seronok tapi sedih juga rasanya...seronok sebab tak perlu kekelas...tapi tak dapatlah lagi nak berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang semuanya mantap-mantap belaka serta pensyarah-pensyarah yang memang amat-amat saya hormati....dalam kelas ni saya rasa saya adalah yang ketiga termuda...tak hairanlah kakak dan abang ni semua padat dengan pengalaman...saya akan merindui pengalaman ni selama-lamanya...
semoga kita semua berjaya menamatkan program ini dengan jayanya....dan dapat pakai topi bersama-sama bulan 8 tahun depan...

gambar ni saya amik masa dalam kelas tak silap saya kelas analisis data bersama Dr Nasir....al maklumlah belajar SPSS memang berpinar bijik mata....Dr Nasir memang BEST!! dari zero akhirnya dapat la juga guna t test, anova. korelasi dan sebagainya....Kak Zah, Kak Sham, Kak Zah J, Hanim....jangan marah ye....

Friday 20 August 2010

ABCs of Starting School



Alam persekolahan adalah alam yang menyeronokkan bagi kanak-kanak....bagaimanapun memulakan persekolahan merupakan sesuatu perkara yang baru yang adakalanya menimbulkan kerisauan kepada anak kecil. kerisauan tersebut perlu di beri perhatian oleh ibu bapa dalam membantu mereka menyesuaikan diri dengan alam baru tersebut....berikut adalah tips beguna dari laman web American Psychatric Assosiation berkaitan dengan bagaimana menguruskan perubahan tersebut dengan bijak....moga bermanfaat kepada diri saya sendiri dan juga kepada semua pembaca blog....
For many children starting or returning to school is an exciting and positive experience, but for some the transition can be challenging. The American Psychiatric Association offers parents the following tips to help reduce the anxiety associated with starting school.

Answer any questions your child may have about school before classes begin. Describe what school will be like and what will happen throughout the day.
Bring kids to visit the school in advance. If possible, introduce them to their teacher, show them their classroom and other important landmarks, such as the playground and lunchroom.
Coordinate play dates with classmates before the school year begins. Having friends always reduces school anxiety.

Tuesday 17 August 2010

Karya anak-anakku

salam....

kali ni saya saje nak share tentang aktiviti anak-anakku...saya sebenarnya risaukan tentang anak sulung saya Amjad,....hanya duduk dirumah kerana tahun depan barulah umurnya cukup 5 tahun untuk bersekolah. memandang sukarnya nak ajar dia mengaji, maka saya menjemput seorang pelajar saya iaitu seorang pelajar tahfiz untuk menjadi guru mengaji kepada amjad dan 5 orang lagi anak-anak jiranku. Jadi weekday setiap lepas maghrib maka riuh rendah lah mereka semua datang mengaji....sampai ada yang dah seronok sangat sampai malam yang tak mengajipun dah mula bersiap-siap datang kata emaknya.
keriuhan mereka ini ada masanya menggoda kawan-kawan yang sedang mengaji tadi. so, bagi mengelakkan gangguan berlaku saya pun memberi tugasan kepada mereka iaitu MEWARNA!!! erm....Aktiviti mewarna kepada kanak-kanak ni sangat bagus. terutama ianya dapat mengembangkan kreativiti dan psikomotor kanak-kanak. memberi anak-anak projek mewarna adalah idea yang bagus kerana mereka bertindak sebagai alat yang mengembangkan banyak aspek fizikal dan mental pada anak yang berguna di kemudian hari. Anak-anak cenderung untuk mengembangkan kemahiran motorik yang sangat baik melalui pewarnaan. dengan memegang pensil warna, memberikan idea-idea pertama belajar untuk memahami banyak perkara seperti koordinasi mata dan tangan, pengecaman warna bentuk dan sebagainya.


yang ni hasil nukilan Amjad,....dia kata ini rumah wan kat kampung...sambil mewarna mulutnya bising jer bercakap....matahari pun warna kuning tapi itulah dunia kanak-kanak yang penuh imaginasi....

Tuesday 29 June 2010

GUNUNG BENUM

ERM...Dah lama rupanya saya tak meng'update' blog....rindu rasanya nak berkongsi pelbagai perkara bersama-sama. semenjak dua tiga menjak ni sedikit sibuk...bermula kene menghadiri kursus ke Kuala Terengganu, kemudiannya cuti-cuti bersama keluarga, selepas itu pula tanpa disangka-sangka anak demam hingga masuk wad 3 hari, diikuti kemasukan pelajar baru ke Kolej dan yang paling besar AKU DAH MULA MASUK KELAS.....SEM 3 dah bermula....kalaulah nak kata diri ni sibuk sangat tu tak la jugak...orang lain lagi la sibuknya yer....kita ni sibuk memikirkan hal diri sendiri jer...berbanding mereka yang sibuk memperjuangkan nasib ummah zaman sekarang....Hari ni nak berkongsi skit je tentang kampung ku yang senantiasa dirindui....tempat diriku membesar....
Gunung Benum....nama ni familiar bagi mereka yang memang minat naik turun gunung ni....gunung yang dikatakan 10 yang tertinggi di Malaysia. bila balik kampung duduk depan umah mak memang tesergam indahnya gunung benum ni. ramai pendaki-pendaki luar yang datang ke kampung pergi memanjat gunung ni.....katanya pemandangan kat atas sana cantik sangat....malas la nak cakap...sebab tak penah naik...masa tingkatan 4 dulu pernah la panjat Bukit Bongkok kat kampung....pergh!!!macam separuh nyawa nak lepas ke atas tu....kalau tengok balik gambo mengalahkan anak orang asli comotnyer.....tapi bila dah lepas kat atas...segala keletihan hilang serta merta...suasana sejuk, nyaman macam kampung orang bunian ( macam la tau kampung orang bunian tu macam mana...) isk, itu baru bukit.....apatah lagi gunung...mesti cantik agaknya...teringin juga nak mendaki...tapi pendam dalam hati je la bila perkataan "gunung"...ukur baju badan sendiri...memang tak mampu.......

Wednesday 9 June 2010

ALAM REMAJA

Pada semester ke 4 nanti bermulalah penulisan kertas projek saya bagi mendapatkan ijazah sarjana yang didam-idamkan selama ini. Untuk penulisan kertas projek tersebut saya berminat untuk mengkaji golongan remaja secara umumnya. ini adalah kerana 'nature' kerja saya yang memang 'deal' dengan golongan remaja yang berumur lebih kurang 18 tahun sehingga awal 20 an. Diri sendiri pun dah melalui 'zaman' tersebut.... walaupun tidak terlalu jauh jaraknya tapi mungkin dahpun banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan zaman sekarang.

Menurut American Psychological Association, zaman remaja adalah zaman yang amat sukar dan menimbulkan pelbagai cabaran kepada keluarga. Remaja menghadapi perubahan-perubahan hormon dalam badan dan ada ketikanya amat kompleks untuk difahami. Ibu bapa pula mungkin mula berasa sukar untuk memahami mereka. kaedah disiplin yang sebelum ini amat berkesan diamalkan mungkin tidak lagi apabila anak-anak sudah meningkat remaja.

COMMUNICATION TIPS FOR PARENTS



sewaktu jalan-jalan melawat laman web American Psychological Association saya terbaca satu artikel. Tajuknya "comm. Tips For Parents". artikel ni saya 'copy paste' sebagai bahan rujukan saya.....walaupun anak-anak sendiri masih kecil, tetapi satu masa nanti mereka juga akan menjadi remaja. walaupun ada masanya terasa penat bukan kepalang melayan mereka bermain, mengelap makanan yang tumpah diserata rumah itu adalah tidaklah terlalu mencabar jika dibandingkan beberapa tahun akan datang yang mana apabila mereka menyingkap usia remaja yang mana keperluan PSIKOLOGI mereka semakin meningkat....pada peringkat ini pengaruh ibu bapa semakin menurun manakala pengaruh rakan sebaya pula yang semakin meningkat....Di sinila h pentingnya peranan komunikasi yang bersesuaian di gunakan bagi menyesuaikan perbezaan persepsi antara dua dunia...dunia remaja dan dunia orang tuanya......artikel yang ditulis oleh APA ini walaupun ringkas tapi adalah amat beguna sebagai panduan ibubapa/kaunselor/guru dalam berkomunikasi dengan mereka....
Communication tips for parents

Be available for your children
Notice times when your kids are most likely to talk--for example, at bedtime, before dinner, in the car--and be available.
Start the conversation; it lets your kids know you care about what's happening in their lives.
Find time each week for a one-on-one activity with each child, and avoid scheduling other activities during that time.
Learn about your children's interests--for example, favorite music and activities--and show interest in them.
Initiate conversations by sharing what you have been thinking about rather than beginning a conversation with a question.

Monday 31 May 2010

Dosa, Pahala dan Facebook



Salam,

Pada satu pagi minggu, ketika sedang minum-minum kopi saya terbaca satu artikel dari Utusan Malaysia...artikel tersebut telah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin.penulisannya tersebut amat bermanfaat bagi mengingati diri saya sendiri dan juga kawan-kawan pembaca blog yang lain...saya juga salah seorang pengguna facebook...sebagai pengguna 'ringan' saya masuk sekali sekala ke facebook nak tau tentang aktiviti rakan-rakan dan sedara-mara ajerla...sambil-sambil menyampuk borak-borak ahli fb...perkara yang disentuh oleh beliau adalah terdapat kecenderungan di fb digunakan untuk mendedah keaiban suami, isteri di facebook, Terlebih gambar, Penyamaran, Download gambar untuk simpanan dan tatapan, Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat dan Mengutuk diri sendiri & kebaikan.

Artikel yang ditulis oleh Ustaz tersebut perlu kita ambil dan gunapakai sebagai 'guideline' dalam ber 'facebook'....jadikan ianya panduan sebagai skala mengukur diri kita sendiri....orang lain tidak dapat menilai kecuali diri kita sendiri....disini saya 'copy&paste' semula artikel tersebut:

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Wednesday 26 May 2010

Persepsi anak-anak tentang kematian

Pada minggu lepas ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah setelah lebih kurang sebulan terlantar akibat dari sakit tua. sebelum pemergiannya kami hampir 4 minggu beturut-turut balik kekampung menziarahinya. anak-anak pula gembira teramat dapat balik kampung...mereka terlalu mentah untuk memahaminya. sewaktu pengebumian beliau anak saya Amjad telah melihat dan memerhati proses pengebumiannya. bermula dari membawa jenazah dari rumah hinggalah selesai. terfikir dalam hati saya agaknya apa yang difikirkan oleh anak-anak sekecil 4 tahun tentang kematian? sejauh mana agaknya mereka boleh faham apa yang kita terangkan kepadanya tentang segala proses tersebut?

Tuesday 25 May 2010

KONSEP KENDIRI

Setiap individu mempunyai konsep kendiri masing-masing dan ianya terbetuk sejak lahir dan berkembang dari masa kesemasa. Konsep kendiri merupakan pandangan kita terhadap diri kita sendiri dan persepsi orang lain terhadap diri. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif mampu menerima kekurangan dan kelemahan diri seadanya. Mereka lebih, sihat, yakin dan tidak terlalu sensitif.mereka juga mampu memerima kritikan secara positif dan juga memberi pandangan dan perndapat secara asertif iaitu tanpa melukakan hati dan perasaan pihak lain. Sebaliknya pula, individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif pula menunjukkan sikap yang mudah sensitif, mempunyai keyakinan diri yang rendah, mudah menyalahkan pihak lain dan takut bergaul.

Friday 21 May 2010

KECELARUAN MAKAN (EATING DISORDER)

makan...makan...makan....setiap hari macam-macam makanan yang kita makan...tapi sedarkah kita bahawa sesetengah orang mengalami kecelaruan makan...bukan saje dari sudut kesihatan malah dari sudut psikologi....ianya dipanggil 'eating disorder'.
Kecelaruan makan berlaku apabila seseorang individu mengamalkan tingkahlaku pemakanan yang boleh mengancam bukan sahaja kesihatan malah turut mengancam nyawa. Seramai 97% pengidap bulimia berpendapat bentuk dan berat badan mereka akan menentukan kepopularaan dan harga kendiri.Terdapat dua jenis kecelaruan makan yang selalu dialami oleh individu terutamanya remaja iaitu anorexia nervosa dan bulimia nervosa.

Wednesday 19 May 2010

ISLAM DAN KESEJAHTERAAN MENTAL

Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan intelek, emosi dan perhubungan.
Pelbagai bentuk teknik yang dikeluarkan oleh cendiakawan barat dalam meningkatkan kesejahteraan mental. Hakikatnya, Islam telahpun mempunyai teknik dalam menyuburkan mental yang sihat dan sejahtera. Ianya bermula dengan tasawwur, penerapan nilai-nilai murni dan juga amalan-amalan seharian yang dapat memberi ketenangan dan kedamaian hakiki.

Thursday 13 May 2010

BULI SIBER

Buli siber juga dikenali sebagai buli elektronik atau kekejaman sosial atas talian, ianya juga ditakrifkan sebagai buli siber apabila ianya disampaikan melalui:
email

SMS

chat room

  • laman web

mesej gambar digital atau

Dihantar ke telefon bimbit

Wednesday 12 May 2010

Kesan 'fast food' dan 'junk food' kepada kanak-kanak


'Fast food' pada hari ini telahpun menjadi makanan alternatif di rumah berbanding makanan yang dimasak secara stail biasa. Ianya sangat cepat dan mudah didapati.. anak-anak pula amat menggemarinya berbanding dengan makanan yang dimasak dirumah.. makanan segera mempunyai komplikasi kesihatan yang amat serius jika digunakan secara berlebihan dan berterusan.. Makanan segera telah menjadi sebati dengan kehidupan kita seperti hamburger, pizza, kentang goreng Perancis, hot dog (mak saya seram dengan nama ni apabila diterjemah oleh anak sedara yang nakal ....,) dll.Premis makanan segera telahpun tumbah bagaikan cendawan selepas hujan.

Monday 10 May 2010

SELAMAT HARI IBU...


SALAM... Saya nak kongsi satu 'surat' yang terdapat dalam iluvisam.com...sangat menyentuh hati saya, terutama ketika sambutan Hari Ibu....di harap dapat dikongsikan bersama:

SURAT DARI ANAK EMAK

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.

Monday 3 May 2010

Amalan sewaktu anak sedang tidur...

Saya pernah terbaca perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Wednesday 28 April 2010

Resepi 'Homemade yogurt Drink'


Salam...hari ni saya nak share sket minuman kegemaran dan kegilaan masa zaman belajar di UIA dulu...yogurt drink...ex-UIA mesti familiar...hari-hari beli, harganya cuma RM1. minum punya minum...tak teringat la nak bertanya resepi...hinggalah pada taun 2006 saya pregnant anak pertama...teringin la pulak nak minum (tak de la sampai mengidam sangat)...nak g beli jauh...maka mintak la anak sedare student UIA tanya...tapi tak berjaya jugak...katanya"along dah suruh kawan along yang paling x malu dah tanya, tapi x berjaya gak...". Hinggalah saya teringat yang abang ipar ada bekerja di kilang produk tenusu...maka saya telah memaksanya menyiasat cara-cara membuat yogurt drink....maka berjayalah saya membuatnya setelah hampir 10 kali dibuang ke dalam sink kerana tak menjadi...

Monday 26 April 2010

Home sweet Home

Ini teratak kami yang kami beli empat tahun lepas yang terletak di Indera Mahkota Kuantan. Ianya mula di huni pada Mac2008.sinilah tiga 'Iyad' kami membesar...Nampaknya mereka serasi dengan rumah ni...

kejiranan di sini Alhamdulillah, semuanya ramah mesra dan berjiwa menolong yang tinggi kecuali jiran kami depan rumah jer, tak pernah nak bercakap....kerana kat depan umah kami tak de rumah... he he he....

Sunday 25 April 2010

Iyad Amsyar Demam

Anak kedua saya Iyad Amsyar Hamidi telah di masukkan ke wad pada pukul 7 malam tadi....dia mengalami demam yang mana dah belarutan hampir seminggu lebih. suhu tertingginya ialah 39.2 C pada pukul 3 pagi malam semalam....hati saya begitu risau, maklumlah dalam keadaan sekarang ni pelbagai perkara yang boleh berlaku...Saya dan suami membawanya ke KMC dan dia terus dimasukkan ke wad.

Friday 23 April 2010

Islam dan tempat tidur anak-anak



Sebelum ini saya ada terfikir untuk memecahkan dinding bilik utama untuk dibuat pintu supaya anak-anak saya dapat tidur dibilik ke dua....mungkin saya sedikit terpengaruh dengan artikel barat yang menyatakan 'pemisahan' tempat tidur anak-anak perlu dilakukan sejak dari mereka kecil lagi bagi membentuk jati diri untuk tidak bergantung kepada orang lain.
Bagaimanapun setelah terbaca satu artikel yang ditulis oleh Maria Hussain, a freelance writer from New Jersey, hati saya berasa begitu lega dan tidak perlulah saya memecahkan dinding rumah dalam masa terdekat...

Thursday 22 April 2010

HOW CHILDREN FIND LOVE IN THE WORLD

If a child lives with criticism, he learns to condemn.
If a child lives with hostility, he learns to fight.
If a child lives with ridicule, he learns to be shy.
If a child learns to feel shame, he learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance, he learns to be patient.
If a child lives with encouragement, he learns confidence.
If a child lives with praise, he learns to appreciate.
If a child lives with fairness, he learns justice.
If a child lives with security, he learns to have faith.
If a child lives with approval, he learns to like himself.
Is a child lives with acceptance and frienship,he learns to find love in the world

Monday 19 April 2010

Anugerah Allah....

saya telah dianugerahkan dengan tiga orang anak lelaki yang sihat dan aktif... setiap hari ada sahaja perkara-perkara baru tentang mereka...sebagai seorang ibu, kasih sayang saya kepada mereka adalah sepenuh jiwa raga..... cuma apa yang hendak saya kongsikan ialah terdetik juga di hati mengapalah saya tidak dianugerahkan anak perempuan.... apabila pergi membeli belah baju anak-anak, melihat baju anak perempuan yang comel-comel geram rasanya....ada masanya terfikir juga jika umur panjang dihari tua nanti tiada anak perempuan yang menguruskan kita....menjaga anak lelaki penuh cabaran rasanya....mereka sangat aktif siang dan malam...siang aktif bermain, malam pula nakal sangat tidurnya...bersilang-silang...langsir saya dibuat tempat bergayut macam tarzan... Alhamdulillah saya ada pembnatu rumah, kalau dak 100 darjah stress saya... perasaan tersebut bermain-main dalam jiwa saya sehinggalah pada satu pagi saya terdengar satu slot motivasi dalam radio pahang dan dalam masa yang sama kawan sekelas saya membentang tajuk "Kisah Permaidani".....

Sunday 18 April 2010

Biarkan si kecil bermain...


Petang semalam saya terbaca satu 'clinical report' oleh American Academy of Pediatrics yang bertajuk "The Importance of Play in Promoting Healthy Child Development and Maintaining Strong Parent-Child Bonds" bermain adalah salah satu aspek penting dalam perkembangan si kecil kerana ia dapat menyumbangkan kebaikan dari segi kognitif, emosi, sosial dan juga fizikal anak-anak..terutamanya ' unstructured play'.Bagaimanapun pada masa kini, ianya semakin berkurangan kerana cara hidup kita yang mula berubah, faktor keselamatan dan juga tumpuan yang lebih kepada akademik.

Friday 16 April 2010

Kelebihan binatang peliharaan untuk anak-anak

Pada satu petang ketika kami sekeluarga sedang duduk-duduk di halaman rumah, anak sulung saya berkata " ibu tolong belikan 'dog' kita nak main dengan 'dog'..." dalam hati saya terlintas dapat mana pulak idea si Amjad ni nak kan 'dog'.... saya bertanya pada dia mengapa dia nakkan 'dog'...rupanya kadang-kadang pada waktu petang dia ternampak seorang lelaki Cina membawa seekor anak anjing yang sangat comel.....cuma saya maklumkan kepada Amjad, kita tak boleh pegang 'dog' sebab air liurnya ada kuman....anak saya pun menjawab "ibu...kita pegang tali jer..." tergelak saya menengarnya...saya pun membeli beberapa ekor ikan gupi sebagai haiwan peliharaan anak saya....gembira teramat sangatlah mereka...sebelum ni kami ada memelihara arnab...malangnya arnab tersebut mati digigit kucing ketika sedang bermain di kawasan rumput....
Menurut American Academy of Child and Adolescent Psyciatry,

Wednesday 14 April 2010

Minuman aloe vera kegemaran anak-anak




Salam...hari ni nak share tentang minuman kegemaran anak-anak saya. 100% homemade dan asli iaitu minuman aloe vera...atau orang selalu juga panggil lidah buaya. pada mulanya saya ni tak sanggup meminumnya apabila diperkenalkan oleh kakak...kerana pernah ada pengalaman letak atas rambut gatal yang amat sangat...tapi akhirnya saya cuba lah juga minum...Oh! rupanya sedap yang teramat sangat...dan hingga kini menjadi minuman kegemaran anak-anak saya...ramuannya cuma pandan, aloe vera, air dan juga gula.Cara membuatnya sangat lah mudah...

Cerita Lucu/menarik anak-anak kita.....



Assalamualaikum....

Enam bulan lepas saya telah berjaya melahirkan anak saya yang ke 3 secara normal, pada masa itu anak sulung, Amjad berumur tiga tahun... rupanya perasaan ingin tahunya dah mula terbina dan tinggi....selepas saya bersalin, Amjad selalu bertanya "ibu macam mana baby keluar?" ...saya jawab soalan dia dengan bertanya semula soalan ..."agak-agak Amjad, macamana ye baby keluar?" ....Amjad pun menjawab dalam bahasa pelat yang hanya saya je yang paham..." Dr. Azian ( Dr. yang menyambut mereka bertiga) tekan perut ibu kuat-kuat...pastu POW!!! perut ibu meletup...keluar lah baby..." dengan penuh keyakinan dia menceritakannya....perasaan ingin tahu anak-anak sangat luas...saya cuma menyatakan bahawa Allah yang bagi baby ni, cuma Doktor yang tahu macamana nak keluarkan baby...Macamana pula agaknya dengan kawan-kawan semua? ada dak cerita lucu dan menarik tentang anak-anak? mereka tu semuanya suci, jujur dan comel... cerita-cerita mereka tu sebenarnya pengubat stress emak dan ayah...

Tuesday 6 April 2010

Salam perngenalan

Assalamualaikum...inilah blog peribadi saya yang berjaya dihasilkan. semoga kita dapat berkongsi manfaat yang berguna. minat saya adalah tentang anak-anak,isu-isu terkini bidang psikologi dan kaunseling....dan juga keagamaan...salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...