Thursday 27 September 2012

CATATAN PERNIAGAANKU....

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.......

Dah terlalu lama tidak menulis dalam blog. disebabkan kekangan masa, kerjaya dan sebagainya. namun jauh disudut hati sebenarnya dahagakan juga untuk menulis.

Penulisan kali ini dimulakan dengan cerita tentang pengalaman berkecimpung dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan ini memang dah lama sebenarnya. Sejak dari kecil lagi telah tumbuh minat tersebut antara faktornya ialah dahulunya emak dan abah berniaga kedai runcit kecil kecilan. Sejak dari kecil sentiasa terdedah dengan dunia perniagaan. kalau diimbau masa dulu-dulu, selepas waktu balik sekolah tu, kenalah tolong emak jaga kedai. biasalah, sambil menjaga tu sambil membaham kuih-kuih dan jajan yang dijual. Nasib lah tak cepat rongak gigi. Manakala masa hujung minggu pula , celik je mata terus kena jaga kedai. terutamanya pada waktu memasak, memandangkan kakak-kakak memang ramai (2 abang dan 7 kakak) selalunya mereka akan menyuruh yang 'paling tak boleh diharap kat dapur' untuk jaga kedai. :)

Tahun 1998, sambung belajar di UIAM, ingatkan cerita bisnes dah tamat. Rupanya makin menjadi-jadi. Nak dijadikan cerita masa buat degree dulu duduklah bersama-sama kawan2 yang dari pelbagai kos dan negeri. agaknya kami ni memang banyak masa terluang berbanding orang lain maka pakatan bizz telahpun dijalankan. Maka pada masa tu kami pun berniaga bubur nasi. Kawan kami yang bernama kodok lah ketuanya, dia lah Chef utama kerana pandai masak. Masak pula pakai rice cooker yang dikepit dengan pengepit baju supaya ianya tak menendang (maafkan kami fellow ye).Maka dijaja lah disekitar mahallah hafsa. (kodok. tora & zt sori i reveal d story :)

Itulah sedikit sebanyak pengalaman diri. Agaknya, minat berniaga bukan sahaja telah dipupuk melalui persekitaran oleh keluarga tetapi desakan dalaman dalam diri sendiri juga menjadi faktor pendorong. Menceburi bidang perniagaan ni bukanlah niat untuk mencari untung semata-mata. Ianya dapat dilihat dari aspek dan sudut yang lebih luas lagi. Antaranya ialah berniaga dapat memupuk diri sendiri untuk lebih jimat cermat.  apabila menguruskan wang keluar masuk perniagaan, terasa lebih menghargai. Seterusnya juga, amat baik untuk mendidik anak-anak tentang pengurusan wang dan juga tidaklah mereka melihat makan gaji sahaja satu-satunya cara untuk meyara kehidupan. Anak yang sekecil 6 tahun pun boleh diajak membantu. Ada masanya, jika dia mahukan sesuatu dan dia pun dah mula terfikir untuk menjual barang-barang tertentu untuk mendapatkan duit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...