Wednesday 19 May 2010

ISLAM DAN KESEJAHTERAAN MENTAL

Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan intelek, emosi dan perhubungan.
Pelbagai bentuk teknik yang dikeluarkan oleh cendiakawan barat dalam meningkatkan kesejahteraan mental. Hakikatnya, Islam telahpun mempunyai teknik dalam menyuburkan mental yang sihat dan sejahtera. Ianya bermula dengan tasawwur, penerapan nilai-nilai murni dan juga amalan-amalan seharian yang dapat memberi ketenangan dan kedamaian hakiki.

Islam meletakkan dunia adalah sebagai tempat sementara sahaja sebelum manusia menuju kepada kehidupan abadi iaitu akhirat. Dunia sebagai tempat ujian dan dugaan kepada manusia yang mana ganjaran akhirnya adalah di akhirat kelak. Bertentangan dengan kefahaman sekular yang mana dunia adalah syurga manakala akhirat adalah kepalsuan. Kegagalan manusia mencapai ’syurga palsu’ itulah yang menyebabkan kepada tekanan, putus asa yang membawa kepada penyakit mental seperti kemurungan, kebimbangan dan seterusnya bunuh diri.
Dalam Islam mental yang sejahtera dapat dibina melalui nilai-nilai murni yang bertunjangkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Individu dididik supaya sabar menghadapi ujian Allah dan menganggap ujian sebagai penghapus dosa yang mana dapat menghilangkan rasa kecewa dan putus asa.Dalam komuniti pula, Islam mengajar nilai-nilai murni seperti tolong menolong, berbaik sangka, mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan juga sebagainya. Kesimpulannya teknik rawatan kesihatan mental sebenarnya telah di ajar oleh Islam kepada umatnya. Ianya berbalik kepada individu samada mengkaji atau sebaliknya.

Diadaptasi melalui: http://www.ikim.gov.my/

IYAD'S WORLD: HARGAILAH KESIHATAN MENTAL KITA YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH....SAYA PERNAH TERBACA SATU BUKU ABNORMAL PSYCHOLOGY, SETIAP INDIVIDU SEBENARNYA MEMPUNYAI 'CHANCE' 5% UNTUK MENDAPAT PENYAKIT KECELARUAN MENTAL....

2 comments:

zulkbo said...

salam..
subhanallah
moga kita mendapat
iktibar darinya

Ummu Iyad said...

salam. minda kita ni hanya pinjaman sementara...jika ditarik nikmat tersebut maka tergolonglah kita dengan mereka yang berpenyakit mental...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...