Monday 15 October 2012

PENYAKIT OH PENYAKIT 'FOLK ILLNESS'



PENYAKIT OH PENYAKIT...setiap masa kita mendengar pelbagai penyakit seperti sakit perut, selsema, sakit kepala, saki t tekak dan sebagainya...malah yang lebih berat pun sentiasa mengelilingi kita seperti sakit jantung, stroke dan sebagainya.... Hari ini Ummu Iyad nak membuka topik berkaitan dengan "FOLK ILLNESS" ...atau "CULTURAL BOUND SYNDROME (CBS)". Kalau pendidikan anda berlatarbelakangkan perubatan atau ilmu psikologi mungkin dah biasa mendengarnya :)
CBS ialah penyakit-penyakit yang terdapat dalam budaya atau masyarakat tertentu sahaja tetapi tidak terdapat dalam masyarakat lain..... penyakit ni ajaibnya di dominasi oleh masyarakat tertentu sahaja....

berikut adalah contoh-contoh penyakit yang dikategori oleh masalah CBS:

1.KORO (Chinese)
penyakit yang mana seseorang individu mengalami ketakutan yang amat sangat yang alat sulitnya mengecil dan mengecut.

2.LATAH (Malaysia, Indonesia)
penyakit yang memang dalam budaya kita orang melayu.

3.AMOK (Malaysia)
penyakit orang kita juga keadaan yang mana seseorang yang mengamuk akan tiba-tiba menyerang orang sekeliling menggunakan apa sahaja senjata. 

4.BRAIN FAG (BARAT AFRIKA)
Belajar lebih sangat agaknya sampai hilang ingatan

DAN MACAM-MACAM LAGI CBS DALAM DUNIA NI.....

Nervios 
Hispanics
Out-of-consciousness state resulting from evil spirits. 
Symptoms include attacks of crying, trembling, uncontrollable shouting, physical or verbal aggression, and 
intense heat in the chest moving to the head. These 
ataques are often associated with stressful events (e.g., 
death of a loved one, divorce or separation, or 
witnessing an accident including a family member). 

Delirante 
Haitians
Sudden outburst of aggression, agitation associated 
with confusion, psychomotor excitement, and symptoms resembling Brief Psychotic Disorder (including 
visual and auditory hallucinations, paranoid ideation). 

Dhat 
 East Indians, Chinese, 
Sri Lankans 
Extreme anxiety associated with sense of weakness, 
exhaustion, and the discharge of semen. 


Hwa-byung 
 Asians
Pain in the upper abdomen, fear of death, tiredness 
resulting from the imbalance between reality and anger. 

Mal de ojo  
Hispanics
 Medical problems, such as vomiting, fever, diarrhea, 
and mental problems (e.g., anxiety, depression), could 
result from the mal de ojo (evil eye) the individual 
experienced from another person. The condition is common among infants and children; adults might also 
experience similar symptoms

voodoo death 
African Americans, 
Hispanics 
Unnatural diseases and death resulting from the power 
of people who use evil spirits.
Ode-ori 
 Nigerians
Sensation of parasites crawling in the head, feelings of heat in the head, paranoid fears of malevolent attacks 
by evil spirits.
Pibloktog
Arctic and subarctic 
Excitement, coma, and convulsive seizures resembling 
an abrupt dissociative episode, often associated with 
amnesia, withdrawal, irritability, and irrational behaviors, such as breaking furniture, eating feces, and verbalization of obscenities. 

Susto, Miedo, 
espanto, pasmo 
Hispanics  Tiredness and weakness resulting from frightening and startling experiences.
Taijin kyofusho  
Asians
Guilt about embarrassing others, timidity resulting from 
the feeling that the appearance, odor, facial expressions are offensive to other people. 

Wacinko 
 American Indians  Feeling of anger, withdrawal, mutism, suicide from 
reaction to disappointment and interpersonal problems.

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Ummu Iyad: penyakit-penyakit mental juga perlu diberi perhatian sama juga dengan penyakit fizikal. sesungguhnya Allah pinjamkan minda /mental sebagai amanah. Perlulah sentiasa dijaga dan disubur dengan makanan-makanan akal yang sihat seperti menghadiri majlis ilmu dan sebagainya..... 






DAPATKAN PRODUK-PRODUK DI ATAS MELALUI SWEET SAUDA.LAWATI PAGE KAMI DI FACEBOOK: SWEET SAUDA

Thursday 27 September 2012

CATATAN PERNIAGAANKU....

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.......

Dah terlalu lama tidak menulis dalam blog. disebabkan kekangan masa, kerjaya dan sebagainya. namun jauh disudut hati sebenarnya dahagakan juga untuk menulis.

Penulisan kali ini dimulakan dengan cerita tentang pengalaman berkecimpung dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan ini memang dah lama sebenarnya. Sejak dari kecil lagi telah tumbuh minat tersebut antara faktornya ialah dahulunya emak dan abah berniaga kedai runcit kecil kecilan. Sejak dari kecil sentiasa terdedah dengan dunia perniagaan. kalau diimbau masa dulu-dulu, selepas waktu balik sekolah tu, kenalah tolong emak jaga kedai. biasalah, sambil menjaga tu sambil membaham kuih-kuih dan jajan yang dijual. Nasib lah tak cepat rongak gigi. Manakala masa hujung minggu pula , celik je mata terus kena jaga kedai. terutamanya pada waktu memasak, memandangkan kakak-kakak memang ramai (2 abang dan 7 kakak) selalunya mereka akan menyuruh yang 'paling tak boleh diharap kat dapur' untuk jaga kedai. :)

Tahun 1998, sambung belajar di UIAM, ingatkan cerita bisnes dah tamat. Rupanya makin menjadi-jadi. Nak dijadikan cerita masa buat degree dulu duduklah bersama-sama kawan2 yang dari pelbagai kos dan negeri. agaknya kami ni memang banyak masa terluang berbanding orang lain maka pakatan bizz telahpun dijalankan. Maka pada masa tu kami pun berniaga bubur nasi. Kawan kami yang bernama kodok lah ketuanya, dia lah Chef utama kerana pandai masak. Masak pula pakai rice cooker yang dikepit dengan pengepit baju supaya ianya tak menendang (maafkan kami fellow ye).Maka dijaja lah disekitar mahallah hafsa. (kodok. tora & zt sori i reveal d story :)

Itulah sedikit sebanyak pengalaman diri. Agaknya, minat berniaga bukan sahaja telah dipupuk melalui persekitaran oleh keluarga tetapi desakan dalaman dalam diri sendiri juga menjadi faktor pendorong. Menceburi bidang perniagaan ni bukanlah niat untuk mencari untung semata-mata. Ianya dapat dilihat dari aspek dan sudut yang lebih luas lagi. Antaranya ialah berniaga dapat memupuk diri sendiri untuk lebih jimat cermat.  apabila menguruskan wang keluar masuk perniagaan, terasa lebih menghargai. Seterusnya juga, amat baik untuk mendidik anak-anak tentang pengurusan wang dan juga tidaklah mereka melihat makan gaji sahaja satu-satunya cara untuk meyara kehidupan. Anak yang sekecil 6 tahun pun boleh diajak membantu. Ada masanya, jika dia mahukan sesuatu dan dia pun dah mula terfikir untuk menjual barang-barang tertentu untuk mendapatkan duit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...