Tuesday 25 May 2010

KONSEP KENDIRI

Setiap individu mempunyai konsep kendiri masing-masing dan ianya terbetuk sejak lahir dan berkembang dari masa kesemasa. Konsep kendiri merupakan pandangan kita terhadap diri kita sendiri dan persepsi orang lain terhadap diri. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif mampu menerima kekurangan dan kelemahan diri seadanya. Mereka lebih, sihat, yakin dan tidak terlalu sensitif.mereka juga mampu memerima kritikan secara positif dan juga memberi pandangan dan perndapat secara asertif iaitu tanpa melukakan hati dan perasaan pihak lain. Sebaliknya pula, individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif pula menunjukkan sikap yang mudah sensitif, mempunyai keyakinan diri yang rendah, mudah menyalahkan pihak lain dan takut bergaul.

Tiada seorangpun yang terus lahir dengan mempunyai konsep kendiri yang kekal positif. Konsep kendiri boleh dipelajari dan dibentuk oleh individu sendiri samada ianya hendak dipositifkan atau diletakkan dalam keadaan yang negatif.
setiap individu perlu mengetahui konsep kendiri yang ada pada dirinya. Ini adalah kerana dengan mengetahui tentang konsep kendiri individu dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan yang ada pada dirinya. Seterusnya, dapat memperbaiki segala kelemahan dan juga meningkatkan potensi diri yang sedia ada. Kesedaran tentang persepsi tentang diri kita sendiri juga dapat membantu matlamat hidup yang lebih positif.


SUMBER: http://www.scribd.com/doc/12913024/Konsep-Kendiri-Dan-Peningkatan-Kerjaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...