Friday 21 May 2010

KECELARUAN MAKAN (EATING DISORDER)

makan...makan...makan....setiap hari macam-macam makanan yang kita makan...tapi sedarkah kita bahawa sesetengah orang mengalami kecelaruan makan...bukan saje dari sudut kesihatan malah dari sudut psikologi....ianya dipanggil 'eating disorder'.
Kecelaruan makan berlaku apabila seseorang individu mengamalkan tingkahlaku pemakanan yang boleh mengancam bukan sahaja kesihatan malah turut mengancam nyawa. Seramai 97% pengidap bulimia berpendapat bentuk dan berat badan mereka akan menentukan kepopularaan dan harga kendiri.Terdapat dua jenis kecelaruan makan yang selalu dialami oleh individu terutamanya remaja iaitu anorexia nervosa dan bulimia nervosa.

Anorexia nervosa ialah kecelaruan pemakanan yang bercirikan keengganan untuk makan yang membawa kepada penurunan berat badan yang dramatik dan keterlaluan. Mereka dihantui oleh idea untuk terus menguruskan badan mereka walaupun berat badan mereka adalah di bawah paras normal. Mereka tidak pernah berpuas hati dengan pengurangan berat badan mereka.Jika beratbdan mereka tidak berubah ataupun berlaku sedikit bertambah mereka akan mengalami panik,kebimbangan,dan kemurungan.

Bulimia nervosa pula ialah tingkahlaku yang melibatkan makan dengan terlalu banyak,secara berulang kali dan individu seolah-olah hilang kawalan semasa makan.Selepas makan dengan banyak individu akan mengeluarkan makanan itu melalui berbagai-bagai cara seperti memuntahkan semula makanan, penggunaan julap, senaman, puasa dan sebagainya.

Masalah perubatan yang mungkin dialami oleh individu tersebut ialah putus haid, Gangguan endokrinologi,kulit kering,rambut dan kuku yang rapuh,terlalu sensitif terhadap cuaca sejuk, dan pertumbuhan bulu-bulu halus(lanugo) pada muka dan badan, pembesaran kelenjar liur yang boleh mengakibatkan muka individu kelihatan bengkak. Pemuntahan yang berulangkali boleh menyebabkan penghakisan permukaan dalam enamel gigi hadapan. Pemuntahan juga mengganggu keseimbangan cecair kimia dalam badan seperti tahap sodium,potassium dan asid yang boleh menyebabkan ketidak seimbangan elektrolite (electrolite imbalance) iaiti satu komplikasi perubatan yang serius jika tidak dirawat.
Islam mengajar umatnya untuk bersederhana dalam pemakanan. ianya mendidik umatnya tidak terlalu rigid terhadap pemakanan.sesuai dengan ayat Al Quran: "Eat and drink and be not immoderate." (7:31)
Iyad's World: selalunya remaja barat yang selalu mengalami masalah berikut. ini adalah kerana budayanya melihat wanita kurus sebagai cantik.....tiba-tiba teringat pulak lagu Jalil Hamid 'Makan'.
Lirik Lagu Makan - Jalil Hamid
Mari kita cerita pasal makan
Negara kita mewah kerana banyak makan
Negara lain kebulur mati tak makan
Org kita mati kerna banyak makan
Org kita makan macam-macam
tidak kira pagi,petang siang malam
semua benda alamak! boleh di telan
Batu besi parang kayu papan
Makan sayur pucuk paku
masak rebus ibu kayu
goreng ikan selah papan
masak gulai ikan parang
buah keras buat lauk
pisang emas, pisang tanduk
batang buruk ceco kodok
Makanan pelik-pelik
tahi minyak, tahi itik,
supir mandi badak berendam
mata kucing mangga siam
cuci mulut lepas makan
kita kunyah jambu batu.
Makan pokok meniaga jadi lingkup
makan bunga itu haram dan terkutuk
makan hati boleh membawa mati
makan suap tidak boleh dibiarkan

SUMBER : WEB AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION
NOTA KULIAH PROF. DR. KAMARULZAMAN KAMARUDDIN, UPSI

3 comments:

Anonymous said...

Salam. satu lagi gejala anorexia nervosa ialah apabila mereka makan, mereka akan berasa bersalah yang amat sangat. kemudian bertindak untuk memuntahkan semula makanan yang sudah ditelan supaya berat badan tidak akan naik.. itu yang akhirnya jadi kurus kering nampak tulang tu..

Ummu Iyad said...

erm....ye hisyam..anorexia ni mereka x nak makan.....bagi yang memuntahkan, guna julap, puasa secara ekstreem tu kita panggil bulimia nervosa...diorang ni akan makan dengan banyak sampai tak ingat dunia yg diistilah sebagai 'binge'...kemudian pula diikuti pulak ngan episod 'purge' iaitu mengeluarkan makanan......

zulkbo said...

salam ziarah hari jumaat..
penghulu segala hari..
moga kita mendapat hikmahnya
dan di kurniakan kesihatan
yang baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...