Wednesday 26 May 2010

Persepsi anak-anak tentang kematian

Pada minggu lepas ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah setelah lebih kurang sebulan terlantar akibat dari sakit tua. sebelum pemergiannya kami hampir 4 minggu beturut-turut balik kekampung menziarahinya. anak-anak pula gembira teramat dapat balik kampung...mereka terlalu mentah untuk memahaminya. sewaktu pengebumian beliau anak saya Amjad telah melihat dan memerhati proses pengebumiannya. bermula dari membawa jenazah dari rumah hinggalah selesai. terfikir dalam hati saya agaknya apa yang difikirkan oleh anak-anak sekecil 4 tahun tentang kematian? sejauh mana agaknya mereka boleh faham apa yang kita terangkan kepadanya tentang segala proses tersebut?

menurut Hospice of Southeastern Connecticut Bereavement Programme, anak-anak yang berumur 3 - 6 tahun melihat kematian adalah sesuatu yang boleh diundur,sementara dan tidak kekal. mereka melihat individu yang mati ini seperti sedang tidur dan hanya hilang sementara seperti ibu bapa yang pergi bekerja sahaja. mereka masih lagi tidak boleh memahami konsep abstrak seperti syurga dan neraka. bagi kanak-kanak ini yang mengalami kehilangan individu yang tersayang ada masanya mereka menunjukkan juga tingkahlaku regresif seperti kencing ditempat tidur, menghisap jari dan sebagainya. mereka juga dahagakan kasih sayang dengan ada masanya suka memegang orang lain termasuklah individu yang tidak dikenali. ada masanya mereka menukar kesedihan dalam bentuk bermain bersama rakan-rakan. tidak menunjukkan gejala 'anxiety' berpanjangan kerana mempunyai kepercayaan orang yang mati akan kembali semula.
anak sekecil ini penuh dengan persoalan dikepalanya...ada masanya ibu bapa perlu bersedia menjawab dengan jawapan yang sesuai dengan level pemahamannya. contoh nya...saya pernah terkena gegata....anak saya bertanya..."ibu dah tua ke? ibu sakit ni?" " bila ibu mati?" selepas kematian wan nya dia pernah juga bertanya pada saya " ibu bila pula aki meninggal?" ...... erm....masa kita kecil dulu macam ni lah agaknya....banyak perkara yang kita soalkan kepada orang tua kita yang tak jemu-jemu melayan kerenah kita......sebagai ibu bapa kita perlulah menerangkan tentang apa yang terjadi disekeliling dengan penuh kasih sayang dan berhemah...pertanyaan yang pelbagai ragam yang ada kalanya tidak tercapai dek akal menunjukkan anak kita betul-betul ingin tahu.





11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

salam takziah atas pmergian ibunda mertua.. macam tulah anak2 kan, mereka belum faham lagi erti kematian ni..

Ummu Iyad said...

terima kasih kak sari...

Unknown said...

salam takziah kpd yani sekeluarga.

Ummu Iyad said...

Tq kak....

Anonymous said...

Salam...

Yani...zety ni...aku baru dapat blog ko ni dari tora...

selalu baca gak blog ko...takziah buat ko n family...dah besar anak ko ek...

sampaikan salam aku pada pak lang...n kak we...mak ko... dan lain2...lamanya tak jumpa...rindu gak aku kat ko...

Ummu Iyad said...

salam ZT!!!apa khabar? amboi ko....nyepi tanpa berita....ye lah zt...anak aku smua dah besar....ajmal pon dah nak masuk 9 bulan. tak nak langsung jalan2 ke umah aku kat ktn nie...mai la datang....

Anonymous said...

yani...

nanti aku dtg la jumpa ko...aku ingat je kat ko...

aku nak tanya la...ko skg tgh sambung master...jd aku nak tanya la mcm mana nak sambung master cthnya course yang macam ko amik kat upsi...mahal tak?

Ummu Iyad said...

aku ni lain sket zt...aku jauh nak berulang alik. so aku kumpul geng kat kuantan...request kat upsi untuk buat d sini...so lecturer upsi yg turun kuantan...100% lecturer sana cuma venue di ktn...kos jadi tinggi sket la 14000. aku rasa kalau ko nak buat baik ko g USPI..atau UKM/UM kos labih murah...5/6 ribu jer...ko keje kat ne skrg?

Anonymous said...

maksud ko 14000 tu untuk 2 thn pengajian ke? aku keje kat JPA skg...

Anonymous said...

yani...

ko keje kat ne?

Ummu Iyad said...

aku keje kat KIPSAS ni www.kipsas.edu.my...bukak la web tu....ye 14k untuk dua tahun...ko blajar kat dalam kampus murah lg....ko keje ape kat sana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...