Wednesday 28 April 2010

Resepi 'Homemade yogurt Drink'


Salam...hari ni saya nak share sket minuman kegemaran dan kegilaan masa zaman belajar di UIA dulu...yogurt drink...ex-UIA mesti familiar...hari-hari beli, harganya cuma RM1. minum punya minum...tak teringat la nak bertanya resepi...hinggalah pada taun 2006 saya pregnant anak pertama...teringin la pulak nak minum (tak de la sampai mengidam sangat)...nak g beli jauh...maka mintak la anak sedare student UIA tanya...tapi tak berjaya jugak...katanya"along dah suruh kawan along yang paling x malu dah tanya, tapi x berjaya gak...". Hinggalah saya teringat yang abang ipar ada bekerja di kilang produk tenusu...maka saya telah memaksanya menyiasat cara-cara membuat yogurt drink....maka berjayalah saya membuatnya setelah hampir 10 kali dibuang ke dalam sink kerana tak menjadi...
Yogurt banyak manfaat. Ia mengandungi kultur atau bakteria baik yang sangat bermanfaat untuk perut. bagi yang nak 'diet' bagus mengamalkan minuman ini. kerana ia mengenyangkan...ia juga dikatakan dapat membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik.
sebelum saya menurunkan resepi, ingin saya maklumkan jangan mudah putus asa...saya pun beberapa kali gagal...buang seperiuk dalam sink...sukatan yang turunkan adalah anggaran sahaja...pembaca boleh 'adjust' mengikut kesesuaian...
Bahan-bahan:
  • 1 liter air masak
  • 3 senduk susu tepung (saya gunakan jenama nespray) Pastikan ianya sedikit pekat...jika tidak, semasa anda mencampurkan dengan sunquick atau rebina ianya akan menjadi pecah-pecah seperti basi.
  • 1/2 tin susu manis (kalau x nak isi, tambahkan bilangan senduk susu tepung)
  • Gula
  • plain yogurt ( ada jual kat pasaraya)

Cara membuatnya:

  • masakkan air hingga mendidih. kalau pakai filtered water tidak perlu sampai mendidih...panaskan sahaja)
  • Turunkan suhu air mendidih tersebut sehingga suam-suam kuku...ini amat PENTING...kalau tidak, bakteria tersebut akan mati dan yogurt tidak menjadi.
  • masukkan bahan-bahan diatas kecuali plain yogurt.Kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  • selepas bahan sebati, masukkan 3 suda plain yogurt kedalam bahan tersebut, dan tutup periuk.
  • letakkan periuk tersebut di tempat yang terasing dan mendapat pencahayaan matahari bagi menggalakkan pembiakan bakteria.
  • setelah diletakkan ditempat yang sesuai pastikan ianya tidak di sentuh atau dibuka walaupun sedikit...ia akan menyebabkan ianya tidak menjadi.
  • peram bahan selama 8 jam... selepas 8 jam barulah ianya boleh dibuka.
  • susu tadi akan berubah dari warna putih kepada kekuning-kuningan. susu tersebut juga akan bertukar sedikit masam.jika tiada perubahan tandanya ia tidak menjadi.
  • Selepas itu, simpan sahaja yogurt ke dalam peti.jika hendak minum barulah dicampur dengan sunquick atau rebina..
Penyediaan sedikit cerewet, kerana tidak boleh terkurang bahan ataupun melanggar pantang larangnya iaitu mengacau sewaktu proses penapaannya...tapi hasilnya memang sedap...ianya lebih jimat kerana kita akan dapat banyak berbanding jika kita beli dikedai. sekeluarga boleh minum...ketahanan air ini bergantung pada penyediaan bahan. selalunya ia bertahan 3-4 hari...
keluarga saya sangat menggemari air ni...sedap diminum apabila kita campurkan dengan sunquick atau ribena...masam-masam manis...cubalah...nanti silalah bagi komen...mungkin nanti saya akan ambil gambar untuk tatapan pembaca. kita akan jumpa lagi dalam siri II yer....

17 comments:

Siti said...

insyaAllah akan mencubanya..

Ummu Iyad said...

sati...sila lah mencuba...

Anonymous said...

susu ni akan jadi macam mendapan ker?
sbb hasilnyer..dah kekuningan..pastu bila dicampur dengan kordial...ia jadil agak berketul-ketul.

Joe said...

semalam saya try buat yogurt ribena. sempoi je, yang penting yogurt asli tu 2 kali ganda dari patinya. pastu letakkan air sejuk sikit.

ada masa nanti boleh try resepi anda pulak.

Anonymous said...

syukran>>

Anonymous said...

Alhmdulillah...lama bersoal jawab ngan en.google tp tak jpe resipi air yogurt ne. Tqvm. Sy tak bubuh gula, cm lbhkan susu pekat. Sedap sgt bl blend ngan mangga

Unknown said...

yogurt yg org jual dalam plastik ke ni?? yg ada ais skli?

taliunta said...

Sukatan senduk utk susu tepung tu, senduk besar mana

taliunta said...

Sukatan senduk utk susu tepung tu, senduk besar mana

taliunta said...

Sukatan senduk utk susu tepung tu, senduk besar mana

Penyebar maklumat said...

Terima kasih atas perkongsian..sekali buat dah menjadi:)

Penyebar maklumat said...
This comment has been removed by the author.
Penyebar maklumat said...
This comment has been removed by the author.
Penyebar maklumat said...

Saga cadang guna senduk nasi

Penyebar maklumat said...
This comment has been removed by the author.
Penyebar maklumat said...
This comment has been removed by the author.
salina mohd taha said...

Share ya tlsh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...