Friday, 23 April 2010

Islam dan tempat tidur anak-anak



Sebelum ini saya ada terfikir untuk memecahkan dinding bilik utama untuk dibuat pintu supaya anak-anak saya dapat tidur dibilik ke dua....mungkin saya sedikit terpengaruh dengan artikel barat yang menyatakan 'pemisahan' tempat tidur anak-anak perlu dilakukan sejak dari mereka kecil lagi bagi membentuk jati diri untuk tidak bergantung kepada orang lain.
Bagaimanapun setelah terbaca satu artikel yang ditulis oleh Maria Hussain, a freelance writer from New Jersey, hati saya berasa begitu lega dan tidak perlulah saya memecahkan dinding rumah dalam masa terdekat...
menurut Maria, salah satu punca anak muda dibarat tertekan dan stress adalah disebabkan mereka tidak mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. salah satunya ialah mereka telah diasingkan tempat tidur sejak dari bayi lagi...bayangkan ketika masih kecil, mereka menangis keseorangan sedangkan ibu dan ayahnya sedang nyenyak tidur...ianya telah membentuk personaliti anak-anak tersebut.
Sebagai ibu muslimah, kita perlulah sentiasa berada di sisi anak ketika mereka memerlukan kita....penulis telahpun menggunakan hadis yang menyatakan:
"Order your children to observe Salat when they reach the age of seven and spank them for not observing it when they reach the age of ten, and arrange their beds (for sleeping) separately." (Abu Dawud)
Secara praktikalnya, anak kecil perlulah tidur bersama ibu bapanya terutama ketika fasa menyusu. ianya juga dapat mengeratkan kasih sayang dalam keluarga...ketika siang, ibu dan ayah sibuk bekerja, pada waktu malam sahajalah dapat dimanfaatkan untuk kita membina ikatan kekeluargaan bersama anak-anak....
Bagi yang baru berkahwin laburlah untuk membeli katil yang besar untuk pelaburan jangka panjang.... dari pembacaan artikel itulah saya sedang menabung untuk menempah katil yang mana selesa untuk kami sekeluarga...saya bercadang untuk menempah katil bersaiz queen yang mana ianya mempunyai selapis lagi katil dibawah yang ditarik pada malam hari dan boleh disorong pada siang hari...anak-anak selesa dan bilik pun sentiasa kemas...

4 comments:

Hisyam said...

pendidkan anak-anak dan pembinaan karakter mereka mengikut ajaran Islam menuntut pengorbanan ibu bapa untuk melaksanakanya.. Bangun pada waktu malam (sudah tentu bapanya sekali) adalah satu pengorbanan yang mesti dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan ikatan kekeluargaan adalah terbina selaras dengan kehendak Islam. Membiarkan anak tidur berseorangan sedari bayi itu pada saya tidak bersedia untuk berkorban dalam membentuk peribadi anak. WaLlahua'lam.

Nur Yani Che Hussin said...

Ya hisyam... bila kita merasainya barulah kita tahu betapa besarnya pengorbanan emak dan ayah kita di kampung yang membesarkan kita tanpa kenal penat atau pun jemu....jadi peranan kita sebagai anak perlulah sentiasa mengembirakan hati mereka

Siti said...

lega saya mendengarnya...saya pun merasai perasaan itu, mahu asingkan atau tidak..dan kebetulan katil kami sama macam katil yg yani tempah tu...katil besar, dibawah ada satu lagi katil yg boleh di sorong kebawah katil utama..:D

Nur Yani said...

WAH...SITI BELI KAT MANA? SAYA TAK TAU NAK BELI DI MANA...ADAKAH DI JUAL DIKEDAI PERABOT?...BOLEH SAYA TAU HARGANYA....?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...