Sunday 25 April 2010

Iyad Amsyar Demam

Anak kedua saya Iyad Amsyar Hamidi telah di masukkan ke wad pada pukul 7 malam tadi....dia mengalami demam yang mana dah belarutan hampir seminggu lebih. suhu tertingginya ialah 39.2 C pada pukul 3 pagi malam semalam....hati saya begitu risau, maklumlah dalam keadaan sekarang ni pelbagai perkara yang boleh berlaku...Saya dan suami membawanya ke KMC dan dia terus dimasukkan ke wad.

Anak demam jangan dipandang remeh...demam menunjukkan badan cuba melawan kuman yang menjangkiti badan. Pengalaman saya dengan anak pertama saya Iyad Amjad Hamidi yang pernah diserang sawan pada usia 6 bulan yang disebabkan demam menyebabkan saya rasa trauma...pernah dulu ketika saya sedang 'drive' dia diserang sawan berhampiran traffic light. Saya memang panik, tapi cuba juga control diri agar anak dapat diminimakan dengan kesan sawan tersebut. ibubapa mesti meletakkan bekalan air dalam kereta...cepat-cepat telungkupkan anak dalam 'recovery position' dan basahkan badan anak jika anak ada sawan demam...saya pernah berasa bersalah semasa anak saya yang pertama saya mengalami sawan. saya merasakan saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menghadapi anak demam hingga menyebabkan dia sawan....
Perkara yang saya lakukan sekarang apabila menghadapi anak demam ialah :
  • sentiasa memeriksa suhu anak dengan termometer. termometer adalah bahan wajib yang mesti dibawa kemana-mana spt. balik kampung, melancong dll.
  • memastikan suhu rumah tidak terlalu panas. pengaliran udara terutamanya kawasan anak demam kita tidur hendaklah mengalir dengan baik.
  • memberi anak2 ubat demam. pada peringkat awal adalah ubat 'over the counter' tetapi jika ianya berlarutan lebih dua hari perlu dibawa ke klinik. Jika suhunya terlalu tinggi saya akan menggunakan ubat yang dimasuk melalui dubur.
  • sediakan makanan cair untuk mereka seperti bubur, sup, jus dan sebagainya supaya anak tidak 'dehydrate'.
  • mandikan mereka dengan air suam tapi tadak terlalu lama...jika mereka kelihatan tidak selesa dan menggeletar cepat-cepat keluarkan mereka dari bilik air.
  • pakaikan pakaian yang longgar.jangan pakaikan pakaian yang ketat dan tebal...ianya akan menggalakkan peningkatan suhu anak.

3 comments:

Hisyam said...

KMC ada bilik wad kosong ke?? haiiyaa minggu lepas semua bilik penuh la..

Ummu Iyad said...

ADA LA PULAK HISYAM...BILIK SORANG LG....ANAK DEMAM GAK MGU LEPAS YE?

ummutasneem said...

wow makin mantap la penulisan ko.. bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...