Sunday 18 April 2010

Biarkan si kecil bermain...


Petang semalam saya terbaca satu 'clinical report' oleh American Academy of Pediatrics yang bertajuk "The Importance of Play in Promoting Healthy Child Development and Maintaining Strong Parent-Child Bonds" bermain adalah salah satu aspek penting dalam perkembangan si kecil kerana ia dapat menyumbangkan kebaikan dari segi kognitif, emosi, sosial dan juga fizikal anak-anak..terutamanya ' unstructured play'.Bagaimanapun pada masa kini, ianya semakin berkurangan kerana cara hidup kita yang mula berubah, faktor keselamatan dan juga tumpuan yang lebih kepada akademik.

menurut artikel tersebut bermain dapat menggalakkan kreativiti kanak-kanak..mereka dapat meneroka dan menjelajah persekitaran tanpa batasan...jadi tidak hairanlah masa kanak-kanak mereka boleh bayangkan galah warna pink, matahari ada mata, dan sebagainya....jika diimbas kembali zaman kanak-kanak dahulu...yang boleh saya ingat ialah ketika bermain 'buaya-buaya' bersama rakan-rakan...selepas undian dibuat salah seorang akan jadi buaya...kami yang lain akan duduk diatas pangkin bagi menyelamatkan diri dari buaya tersebut...seingat saya imaginasi masa zaman kanak-kanak tersebut sangat kuat...memang bayangkan BUAYA nak gigit kaki...maka kami menjerit bagai nak histeria....

melalui bermain juga ibu bapa dapat memerhatikan tingkahlaku anak-anak...bagaimana mereka menguruskan emosi seperti marah apabila kalah, sedih jika mainan mereka dirampas dan sebagainya....ada masanya ibu bapa juga boleh 'join' anak-anak semasa bermain...ia dapat menunjukkan bahawa mereka diberi perhatian seterusnya meningkatkan 'self esteem' anak-anak..ada masanya 'bertukar peranan' dengan anak-anak menyeronokkan...contoh bagi diri saya ialah baru-baru ini anak sulung saya 'bertukar peranan' yang mana selama ini saya yang membuat air untuknya tetapi pada hari tersebut anak saya yang berunur 4 tahun pula yang membuat air untuk saya...sambil ianya dibimbing....apa yang saya lihat, dia telah mencampurkan sunquick, gula dan susu ke dalam air sejuk...dengan bangga dan yakin anak saya berkata "ibu minunlah air yang kita buat..." walaupun rupanya macam air basi tapi saya teguk juga bagi menghargai usahanya....nampak di riak wajahnya yang dia puas dapat menyediakan air kepada ibu nya....

kesimpulannya, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak- bermain...biarlah badannya berpeluh, pakaiannya comot, ia menandakan anak kita sedang meneroka alam sekelilingnya....tidak perlu membeli mereka alatan mainan yang mahal...kreativiti anak-anak ini tidak terbatas..hanya dengan penyeduk susu mereka dapat membayangkan ianya sebuah jet yang sedang terbang...


2 comments:

angah said...

thumbs up laa amjad buat air! XD

Ummu Iyad said...

Acu dan Pakcu berpandangan antara satu sama lain...sambil berkata..."kita telan je lah...."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...