Monday 26 April 2010

Home sweet Home

Ini teratak kami yang kami beli empat tahun lepas yang terletak di Indera Mahkota Kuantan. Ianya mula di huni pada Mac2008.sinilah tiga 'Iyad' kami membesar...Nampaknya mereka serasi dengan rumah ni...

kejiranan di sini Alhamdulillah, semuanya ramah mesra dan berjiwa menolong yang tinggi kecuali jiran kami depan rumah jer, tak pernah nak bercakap....kerana kat depan umah kami tak de rumah... he he he....



Kami beli rumah ni dengan kawasan tanah ditepi sekangkang kerengga kerana nakkan ruang anak-anak bermain. sekurang-kurangnya dapatlah nanti mereka tiga beradik belari-lari atas rumput tu walaupun x sebesar mana...kami suami isteri minat tanam sayur....dulu kami pernah tanam sayur spt timun, bayam, bendi, cili, timun dsb...tak rugi berbudi kepada tanah...walaupun pokoknya tak banyak mana tapi hasilnya lebih dari keperluan keluarga...ada masanya diberi kepada jiran...segar...dipetik terus ladang...cuma sekarang kurang sikit dah masa kami nak berkebun...sebab ujung minggu x de kat umah...ke kelas...cuti sem ni kami bercadang nak mula semula berkebun...

Ini adalah contoh bayam yang ditanam ditepi rumah kami...seciput jer...tapi alhamdulillah dah selamat kami goreng...bayam ni di tanam khas untuk anak saya Iyad Ajmal yang berumur 7 bulan...saya suka campurkan bayam dalam buburnya...

Jadi, kepada pembaca budiman jom la kita mula tanam sayur mulai sekarang...kalau tiada kawasan tanah ditepi rumah jangan jadikannya alasan...beli polybag dan tanam. kalau di Kuantan, kedai benih sayur yang bagus ialah kat pasar besar....macam-macam benih sayur yang ada...harganya rm1 sebungkus...ianya lebih dari cukup....jom pas ni kita tanam sama-sama dan 'share' hasilnya dalam blog sebulan dua lagi...kepuasan makan tanaman yang kita tanam sendiri pepalih la nikmatnya....






2 comments:

mas said...

amboi.. dalam bz2 anak demam sempat jugak share something dlm blog yek.. bagus.. teruskan usaha.. tahniah..hehe

Ummu Iyad said...

Tq mas..banyak lagi yang perlu dipelajari...anak aku tidur je...so aku hadaplaptop la..tapi ari ni dah mula aktiviti memanjat katil dan menyiasat barang sepital da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...