Wednesday 9 June 2010

ALAM REMAJA

Pada semester ke 4 nanti bermulalah penulisan kertas projek saya bagi mendapatkan ijazah sarjana yang didam-idamkan selama ini. Untuk penulisan kertas projek tersebut saya berminat untuk mengkaji golongan remaja secara umumnya. ini adalah kerana 'nature' kerja saya yang memang 'deal' dengan golongan remaja yang berumur lebih kurang 18 tahun sehingga awal 20 an. Diri sendiri pun dah melalui 'zaman' tersebut.... walaupun tidak terlalu jauh jaraknya tapi mungkin dahpun banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan zaman sekarang.

Menurut American Psychological Association, zaman remaja adalah zaman yang amat sukar dan menimbulkan pelbagai cabaran kepada keluarga. Remaja menghadapi perubahan-perubahan hormon dalam badan dan ada ketikanya amat kompleks untuk difahami. Ibu bapa pula mungkin mula berasa sukar untuk memahami mereka. kaedah disiplin yang sebelum ini amat berkesan diamalkan mungkin tidak lagi apabila anak-anak sudah meningkat remaja.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman, Alam remaja dan belia adalah merupakan zaman keemasan dan menyeronokkan.Kehidupan yang penuh ceria dan menyukakan hati. Perubahan-perubahan dari segi jasmani dan tubuh badan akan berlaku dengan cepat dan jelas. Sifat kelelakian dan kewanitaan akan menonjol. Perkembangan jiwa, emosi dan perasaan akan menjadi subur, keinginan hawa nafsu dan naluri kemanusiaan amat tinggi dan berpengaruh. Pada peringkat ini perkembangan kecerdasan otak sedang pesat, mendalami dan meluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman boleh dilakukan dengan cara berkesan, mengembangkan bakat dan kemahiran mudah diusahakan.Umumnya, zaman remaja dan belia adalah zaman yang paling penting dan kritikal,jika baik dan berjaya, maka baik dan berjayalah mereka di dalam kehidupan di dunia dan akhirat, jika generasi remaja dan belia-belia berjaya, utuh dan mantap, maka berjaya, utuh dan mantaplah ummah kerana mereka adalah pemimpin masa depan dan generasi penyambung. Peringkat umur baligh hingga kedua puluh lima tahun ini adalah peringkat yang paling produktif dan bertenaga.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara iaitu masa engkau hidup
sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum
sibuk, masa engkau muda belia sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum
miskin"



salah satu peringatan yang disampaikan beliau ialah tentang pentingnya zaman remaja di gunakan dengan sebaik-baiknya. mereka perlu dibimbing agar tidak terus terleka dengan pengaruh-pengaruh songsang yang semakin berluasa yang mana akan menghancurkan golongan belia islam.



















5 comments:

zulkbo said...

salam..
terima kasih Yani
good info..amat
berguna..rasanya
byk kebenarannnya..

Anonymous said...

yani...

teringat zaman muda2 kite dulu...hehehe...aku rindu sgt zaman tu...walaupun tak dapat diulang lagi, tapi kenangan zaman kite kat uia dulu selalu wat aku tersenyum sorang2...aku rasa bila dapat kenal ko ngan pak lang, memang best...

yani...

ni no tel aku yea...0172241778...

dhimas said...

terima kasih informasinya bagus..

Anonymous said...

'dunia remaja' pada saya adalah ilusi yang diciptakan untuk memerangkap anak muda. Dunia Remaja akan dibuai dengan keasyikan, keseronokan, membina imej diri, memilih watak hidup, sehinggalah kepada menentukan gaya hidup. seringkali kelekaan ini menyebabkan anak remaja terlupa.

dalam Islam, tidak ditekankan perihal alam remaja. yang ada ialah mumaiyiz -> baligh. Baligh itu diusia 9 - 15 yang perlu diikuti dengan kefahaman terhadap 'taklif'. mereka sudah mukallaf dan perlu tanggung sendiri dosa dan pahala. ini akan menjadikan anak muda Islam lebih memahami tanggungjawab kehidupan dan InsyaAllah tidak akan mudah terleka dengan keseronokan duniawi.

pandangan saya sahaja..

Cik SHiNJU said...

Beruntunglah sesiapa yg mengisi mase remajanya dgn sebaik2 pengisian dan amatlah rugi bg mereka yg terpengaruh dgn godaan dunia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...