Setiap individu mempunyai konsep kendiri masing-masing dan ianya terbetuk sejak lahir dan berkembang dari masa kesemasa. Konsep kendiri merupakan pandangan kita terhadap diri kita sendiri dan persepsi orang lain terhadap diri. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif mampu menerima kekurangan dan kelemahan diri seadanya. Mereka lebih, sihat, yakin dan tidak terlalu sensitif.mereka juga mampu memerima kritikan secara positif dan juga memberi pandangan dan perndapat secara asertif iaitu tanpa melukakan hati dan perasaan pihak lain. Sebaliknya pula, individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif pula menunjukkan sikap yang mudah sensitif, mempunyai keyakinan diri yang rendah, mudah menyalahkan pihak lain dan takut bergaul.
Showing posts with label Psikologi dan kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Psikologi dan kaunseling. Show all posts
Tuesday, 25 May 2010
KONSEP KENDIRI
Setiap individu mempunyai konsep kendiri masing-masing dan ianya terbetuk sejak lahir dan berkembang dari masa kesemasa. Konsep kendiri merupakan pandangan kita terhadap diri kita sendiri dan persepsi orang lain terhadap diri. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif mampu menerima kekurangan dan kelemahan diri seadanya. Mereka lebih, sihat, yakin dan tidak terlalu sensitif.mereka juga mampu memerima kritikan secara positif dan juga memberi pandangan dan perndapat secara asertif iaitu tanpa melukakan hati dan perasaan pihak lain. Sebaliknya pula, individu yang mempunyai konsep kendiri yang negatif pula menunjukkan sikap yang mudah sensitif, mempunyai keyakinan diri yang rendah, mudah menyalahkan pihak lain dan takut bergaul. Friday, 21 May 2010
KECELARUAN MAKAN (EATING DISORDER)
makan...makan...makan....setiap hari macam-macam makanan yang kita makan...tapi sedarkah kita bahawa sesetengah orang mengalami kecelaruan makan...bukan saje dari sudut kesihatan malah dari sudut psikologi....ianya dipanggil 'eating disorder'. Kecelaruan makan berlaku apabila seseorang individu mengamalkan tingkahlaku pemakanan yang boleh mengancam bukan sahaja kesihatan malah turut mengancam nyawa. Seramai 97% pengidap bulimia berpendapat bentuk dan berat badan mereka akan menentukan kepopularaan dan harga kendiri.Terdapat dua jenis kecelaruan makan yang selalu dialami oleh individu terutamanya remaja iaitu anorexia nervosa dan bulimia nervosa.
Wednesday, 19 May 2010
ISLAM DAN KESEJAHTERAAN MENTAL
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan intelek, emosi dan perhubungan.Pelbagai bentuk teknik yang dikeluarkan oleh cendiakawan barat dalam meningkatkan kesejahteraan mental. Hakikatnya, Islam telahpun mempunyai teknik dalam menyuburkan mental yang sihat dan sejahtera. Ianya bermula dengan tasawwur, penerapan nilai-nilai murni dan juga amalan-amalan seharian yang dapat memberi ketenangan dan kedamaian hakiki.

