Pada semester ke 4 nanti bermulalah penulisan kertas projek saya bagi mendapatkan ijazah sarjana yang didam-idamkan selama ini. Untuk penulisan kertas projek tersebut saya berminat untuk mengkaji golongan remaja secara umumnya. ini adalah kerana 'nature' kerja saya yang memang 'deal' dengan golongan remaja yang berumur lebih kurang 18 tahun sehingga awal 20 an. Diri sendiri pun dah melalui 'zaman' tersebut.... walaupun tidak terlalu jauh jaraknya tapi mungkin dahpun banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan zaman sekarang.Menurut American Psychological Association, zaman remaja adalah zaman yang amat sukar dan menimbulkan pelbagai cabaran kepada keluarga. Remaja menghadapi perubahan-perubahan hormon dalam badan dan ada ketikanya amat kompleks untuk difahami. Ibu bapa pula mungkin mula berasa sukar untuk memahami mereka. kaedah disiplin yang sebelum ini amat berkesan diamalkan mungkin tidak lagi apabila anak-anak sudah meningkat remaja.
