
Salam,
Pada satu pagi minggu, ketika sedang minum-minum kopi saya terbaca satu artikel dari Utusan Malaysia...artikel tersebut telah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin.penulisannya tersebut amat bermanfaat bagi mengingati diri saya sendiri dan juga kawan-kawan pembaca blog yang lain...saya juga salah seorang pengguna facebook...sebagai pengguna 'ringan' saya masuk sekali sekala ke facebook nak tau tentang aktiviti rakan-rakan dan sedara-mara ajerla...sambil-sambil menyampuk borak-borak ahli fb...perkara yang disentuh oleh beliau adalah terdapat kecenderungan di fb digunakan untuk mendedah keaiban suami, isteri di facebook, Terlebih gambar, Penyamaran, Download gambar untuk simpanan dan tatapan, Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat dan Mengutuk diri sendiri & kebaikan.
Artikel yang ditulis oleh Ustaz tersebut perlu kita ambil dan gunapakai sebagai 'guideline' dalam ber 'facebook'....jadikan ianya panduan sebagai skala mengukur diri kita sendiri....orang lain tidak dapat menilai kecuali diri kita sendiri....disini saya 'copy&paste' semula artikel tersebut:
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.