Tuesday 17 August 2010

Karya anak-anakku

salam....

kali ni saya saje nak share tentang aktiviti anak-anakku...saya sebenarnya risaukan tentang anak sulung saya Amjad,....hanya duduk dirumah kerana tahun depan barulah umurnya cukup 5 tahun untuk bersekolah. memandang sukarnya nak ajar dia mengaji, maka saya menjemput seorang pelajar saya iaitu seorang pelajar tahfiz untuk menjadi guru mengaji kepada amjad dan 5 orang lagi anak-anak jiranku. Jadi weekday setiap lepas maghrib maka riuh rendah lah mereka semua datang mengaji....sampai ada yang dah seronok sangat sampai malam yang tak mengajipun dah mula bersiap-siap datang kata emaknya.
keriuhan mereka ini ada masanya menggoda kawan-kawan yang sedang mengaji tadi. so, bagi mengelakkan gangguan berlaku saya pun memberi tugasan kepada mereka iaitu MEWARNA!!! erm....Aktiviti mewarna kepada kanak-kanak ni sangat bagus. terutama ianya dapat mengembangkan kreativiti dan psikomotor kanak-kanak. memberi anak-anak projek mewarna adalah idea yang bagus kerana mereka bertindak sebagai alat yang mengembangkan banyak aspek fizikal dan mental pada anak yang berguna di kemudian hari. Anak-anak cenderung untuk mengembangkan kemahiran motorik yang sangat baik melalui pewarnaan. dengan memegang pensil warna, memberikan idea-idea pertama belajar untuk memahami banyak perkara seperti koordinasi mata dan tangan, pengecaman warna bentuk dan sebagainya.


yang ni hasil nukilan Amjad,....dia kata ini rumah wan kat kampung...sambil mewarna mulutnya bising jer bercakap....matahari pun warna kuning tapi itulah dunia kanak-kanak yang penuh imaginasi....


Erm..yang ni anak jiran yang bernama mardhiah.....sweetkan matahari pun warna merah.... he he he...creatif semuanya mereka ni...umur dia sama dengan Amjad....


yang ni hasil warna Naquib...umurnya lima tahun....semua saya bagi tiga bintang....

Kami panggil kawan Amjad ni abang long ...umur dia dah 6 tahun....lebih kemas hasil warna dia....
Afiq pula umurnya 5 tahun...abang kepada mardhiah....pandai dia tambah rumput2 pula....dan rumahnya ada tingkap di atas.....

Last but not least adalah Syasya....umurnya 5 tahun....gunungnya bewarna warni....

Seronok melayan anak-anak kecil ni...ada yang memanggil kami mak dah sebab hari-hari datang rumah....berurusan dengan anak kecil memang memenatkan tetapi mereka sangat jujur dan comel bila meluahkan sesuatu perkara....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...