Friday 16 April 2010

Kelebihan binatang peliharaan untuk anak-anak

Pada satu petang ketika kami sekeluarga sedang duduk-duduk di halaman rumah, anak sulung saya berkata " ibu tolong belikan 'dog' kita nak main dengan 'dog'..." dalam hati saya terlintas dapat mana pulak idea si Amjad ni nak kan 'dog'.... saya bertanya pada dia mengapa dia nakkan 'dog'...rupanya kadang-kadang pada waktu petang dia ternampak seorang lelaki Cina membawa seekor anak anjing yang sangat comel.....cuma saya maklumkan kepada Amjad, kita tak boleh pegang 'dog' sebab air liurnya ada kuman....anak saya pun menjawab "ibu...kita pegang tali jer..." tergelak saya menengarnya...saya pun membeli beberapa ekor ikan gupi sebagai haiwan peliharaan anak saya....gembira teramat sangatlah mereka...sebelum ni kami ada memelihara arnab...malangnya arnab tersebut mati digigit kucing ketika sedang bermain di kawasan rumput....
Menurut American Academy of Child and Adolescent Psyciatry,
anak-anak yang mempunyai binatang peliharaan sendiri mempunyai banyak kelebihan....antaranya ianya dapat meningkatkan 'self esteem' dan 'self confidence' mereka. ia mengajar anak kita untuk memahami konsep simpati dan empati.antara kelebihan yang dibincangkan ialah:
  • binatang peliharaan mengajar anak-anak tentang kehidupan - pembiakan, kelahiran, kesakitan dan kematian....semasa arnab kami mati anak saya mula lah bertanya...kalau hantar hospital arnab ni boleh hidup semula ke ibu? disitulah peranan kita menerangkan konsep kematian sesuai dengan perkembangan umurnya....
  • binatang peliharaan juga mengajar anak-anak tentang tanggungjawab - setiap hari mereka akan memberi makan dan membersihkan sangkar.
  • ia juga mengajar tentang menghormati makhluk Allah yang lain.

menurut sumber ini juga, anak-anak yang bertingkahlaku terlalu kasar dengan binatang sehingga tahap mendera adalah menunjukkan bahawa mereka mengalami masalah emosi dan jika perlu hendaklah dirujuk kepada psikatrist.

4 comments:

Anonymous said...

salam. saya sangat tertarik dengan iformasi idea anda begaimana melihat tingkahlaku dan menyampaikan dalam bentuk blog dan idea. mungkin suatu hari nanti anda boleh menulis kisah ini di dalm bentuk buku pula. tahniah..

Ummu Iyad said...

terima kasihhh...kata kata anda menyuntik semangat wahai suamiku...abah lain kali tulis la nama...

Unknown said...

Asslamualaikum Yani...

Saya setuju sgt dgn tulisan Yani psl pets ni..adakalanya haiwan-haiwan ini seperti dapat memahami hati kita. Seringkali juga saya berkomunikasi dengan kucing peliharaan kami dalam bentuk arahan dan belaian hasilnya... Subhanallah besarnya kuasa mu ya ALLAH.

Ummu Iyad said...

Salam... Amir, pets juga makhluk Allah...di cipta dengan tujuan tertentu kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...